Anonymous
2 tahun
Lendir berwarna kuning selepas bersalin
Assalam doktor. Saya baru melahirkan anak secara ceaser 2 bulan yang lepas. Selepas sebulan melahirkan, darah nifas saya kering tetapi sehingga kini masih lagi keluar cecair berbentuk lendir seakan keputihan tetapi berwarna kuning keluar dari faraj saya. Saya terpaksa memakai pantiliner kerana cecair tersebut berbau. Saya juga perlu menukar pantiliner setiap kali membuang air. Adakah lendir atau cecair yang keluar itu perkara biasa atau adakah ianya petanda saya ada masalah kesihatan? Terima kasih kerana membantu.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, selepas 10 hari bersalin, darah nifas yang keluar dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia.
Lokia ini boleh berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusu badan atau sedang menyusu badan. Jika terdapat lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Masalah nifas, atau lokia, yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan menandakan kemungkinan ada jangkitan atau masalah lain yang memerlukan rawatan lanjut. Antara tanda lain adalah seperti demam atau gatal kemaluan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.