Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah darah nifas
sya brusia 31 dan baru mgalami kgugurn pd usia kndgn 5bln…sy mgalami kgugurn pd 11.6…drah nifas sy stop pd 20.7 selama smggu kluar keputihan smgu slpas tu drah kmbali klua slma smgu dgn bsmbung dgn drah hitam pekat dn lendir coklat jernih kadang² tdapat drah…adakah drah tu msh drah nifas at period…esok 10.8 genap 6ohri sy bpantang…mohon doktor dpt mbantu sy
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan dari faraj anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Jangkitan dalam rahim
Untuk darah haid keluar, ia memerlukan masa yang sedikti panjang dari tempoh yang anda nyatakan kerana dinding rahim anda memerlukan masa untuk membina lapisan agar darah haid keluar semula. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut/pinggang, demam atau kesukaran membuang air kencing anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.