Sulit
3 tahun
Darah nifas berbau hanyir selepas seminggu bersalin
Saya baru melahirkan anak yang sekarang berusia 9hari … dari semalam darah nifas saya keluar sangat banyak sampai kuar dari pad dan amat berbau hanyir … ptg tu takde daa darah keluar … hari ni pun tetiba keluar banyak sampai kuar bau kurang menyenangkan … kepala saya pun ada sedikit pening … normal ke? …
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan berbau hanyir selepas bersalin. Kami akan cuba membantu anda.
Darah nifas atau lochia mungkin tidak normal jika jangkitan. Jangkitan boleh disyaki apabila:
- Lochia terus kekal merah terang selepas minggu pertama dari melahirkan anak
- Lochia menjadi merah-cerah lagi setelah menjadi lebih pucat sejak hari-hari sebelumnya.
- Terdapat pendarahan yang luar biasa
- Terdapat demam dengan menggigil
- Terdapat kesakitan di bawah perut yang meningkat sepanjang hari
Berdasarkan keterangan anda, masalah darah nifas yang berbau yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- endometritis
- infeksi pada vagina
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.