Anonymous
2 tahun
Darah nifas berhenti keluar setelah makan jamu dan makjun
Sya berumur 23 tahun . Baru sahaja selesai melahirkan bayi yang kedua dalam masa 43 hari . Anak sulung berusia 4 tahun . Permulaan darah nifas keluar pd minggu pertama dan kedua tiada masalah . Tetapi selepas minggu ketiga sya mula mengambil jamu dan ubat ubatan herba dan darah nifas mula menjadi sedikit dan hilang selama seminggu. Namun, selepas seminggu terdapat beberapa hari di mana sya terlupa untuk mkn jamu tersebut dan darah nifas sya kembali keluar dengan banyak . Kemudian apabila sya mula semula makan jamu , darah kembali berhenti sehingga hari ke 42. Pada hari ke 43 darah kembali banyak . Persoalannya , adakah darah yg keluar pd hari ke 43 ini masih dikira sbg darah nifas atau haid ? Adakah dgn mengamalkan jamu tersebut telah mengganggu aliran darah nifas ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca darah nifas berpanjangan/berlebihan adalah:
- rahim tidak kecut sepenuhnya
- tisu placenta yang tertinggal dalam rahim
- kecederaan di saluran peranakan/rahim
- masalah pembekuan darah
Dalam senario anda, penggunaan ubat ubatan tradisional seperti herba dan jamu adalah sangat tidak disarankan selepas beranak. Ini adalah kerana sesetengah jamu dan ubat tradisional mengandungi bahan terlarang yang boleh menjejaskan kitaran haid dan memudaratkan lagi kesihatan anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih