Sulit
4 tahun
Adakah haid berlaku masa dalam pantang?
saya tengah berpantang hari ke 36. selepas 2mnggu berpantang sy dapati darah sudah berkurangan hanya darah coklat yang sedikit sahaja. tiba tiba smlm saya dapati darah keluar macam darah period (darah fresh) color merah .
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid anda boleh datang selepas 6 hingga 8 minggu selepas anda bersalin jika anda tidak menyusukan anak. Jika anda sedang menyusukan anak, kitaran haid anda tidak akan kembali selagi anda menyusukan anak ataupun akan kembali selepas beberapa bulan selepas bersalin.
Darah nifas atau dikenali sebagai lochia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
- Lochia Rubra : berwarna merah terang, selepas sehari atau dua hari bersalin
- Lochia Serosa : berwarna pink-perang dan berterusan sehingga hari ke 10
- Lochia Alba : berwarna putih kekuningan berterusan sehingga 6 minggu selepas kelahiran
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Anda masih risau tentang darah nifas ? Pakar sakit puan boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.