Sulit
3 tahun
Nifas tidak berhenti
Saya wanita 41 tahun dan mengalami nifas yg berpanjangan hampir 70hari setelah menggunakan iucd ketika oprate caesar kali ke3
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, darah yang keluar itu boleh disebabkan oleh banyak punca. Bagi membuat kesimpulan tentang punca kepada masalah anda, konsultasi lanjut adalah diperlukan. Secara amnya, darah nifas akan keluar untuk maksimum 8 minggu.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan:
- Jangkitan didalam rahim atau kemaluan selepas bersalin
- Pendarahan nifas beserta jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Darah nifas yang lama ter-oksida
- Kesan sampingan IUCD
- Masalah dengan pembekuan darah
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan darah berwarna gelap seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!