Anonymous
2 tahun
Bersalin tak cukup bulan
Saya baru je bersalin paksa, janin mati dalam kandungan 22 mggu, janin tidak besar, berat janin150 gram, soalan nya darah nifas saya makin kurang pada hari ke 5 adakah itu normal dan berapa lama untuk sembuh? Skrg badan rasa sihat, saya buat kerja rumah dan berjalan seperti biasa, berapa lama luka dalam bole baik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.