Sulit
2 tahun
Darah nifas dan mandi wajib
Saya berumur 32tahun dan baru sahaja melahirkan anak. Hari ini saya sudah 45hari. Pertanyaan saya adalah, darah nifas ada 3kategori, tetapi adakah lokia alba itu dikira sebagai discharge dan boleh mandi wajib? Darah nifas saya yang berwarna merah dan merah kecoklatan sudah berhenti pada hari lebih kurang ke 30, selepas itu bersih kurang 24jam. Selepas itu keluar pula kekuningan sehingga sekarang (ada di antara hari2 kekuningan itu menjadi coklat). Adakah kekuningan ini kategori lokia alba? Mohon bantuan dilema saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi. Apabila masih terdapat cairan yang keluar, maka itu masih boleh dihitung darah nifas/ lokia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.