Sulit
3 tahun
Darah nifas melebihi 60 hari
Saya wanita berusia 28 tahun. Saya baru melahirkan anak pertama pada bulan 4. Harini genap 61 hari saya bersalin tetapj darah masih keluar. Warna darah ada kalanya berwarna merah dan ada kalanya berwarna coklat. Darah yang keluar tidak banyak hanya terdapat setitik dua sahaja. Adakah itu dikategorikan sebagai darah nifas ? Jika tidak , adakah ia berbahaya ? Apakah punca nya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan yang anda, anda ingin mengetahui tentang pendarahan nifas yang berlaku lebih 60 hari. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Umumnya pendarahan selepas bersalin dikenali secara saintifiknya iaitu lokia boleh berlaku hingga 6 minggu selepas tempoh bersalin. Kebiasaannya, ia akan berkurangan mengikut peredaran masa.
Namun begitu, pendarahan nifas yang disertai perubahan warna, gejala tambahan dan berterusan, ia mungkin disebabkan oleh perkara serius serta memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- endometritis
- trauma rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk segera merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.