Anonymous
2 tahun
Darah nifas belum habis sepenuhnya selepas 7 minggu nmelahirkan
Saya berusia awal 30an baru saja melahirkan bayi ketiga 7 minggu yang lalu. Persoalan saya, adakah normal darah nifas saya masih belum henti sepenuhnya. Untuk makluman doktor darah yang keluar tidak banyak hanya dalam bentuk urat darah yang mana hanya keluar ketika saya membuang air kecil. Tiada tanda2 demam ataupun sakit di mana-mana bahagian bawah abdomen. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.