Sulit
2 tahun
Darah nifas belum habis sudah 1bulan 21hari
saya ibu kepada 5org ank…umur 33tahun berasal dr kuching Sarawak…saya mahu tnya doktor…sudah 1bulan 21hari darah lps beranak hr itu msih keluar .kenapa lmbat mahu berhenti drah nya. normal kah tidak ni doktor…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas bersalin yang berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau serviks - jika mempunyai faktor risiko
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat cair darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.