Sulit
4 tahun
Darah nifas yang berpanhangan adakah normal ataupun tidak
Dsaya dah bersalin selma sebulan 7hari tetapi masih ada sedikit darah nifas yang keluar…adakah normal kalau masih ada keluar? ianya berwarna pujputih cmpur coklat2 sikit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas bersalin dikenali secara saintifiknya iaitu lokia boleh berlaku hingga 6 minggu selepas tempoh bersalin. Kebiasaannya, ia akan berkurangan mengikut peredaran masa. Namun, jika pendarahan tersebut semakin meningkat, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- haid (kitaran haid wanita kembali, lebih-lebih lagi jika kurang menyusu)
- jangkitan kuman pada rahim (demam, sakit pinggang, berbau)
- tekanan emosi (terlalu aktif dalam penjagaan bayi)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.