
aminuracd00
4 tahun
Masalah bangun tidur
saya berumur 22 tahun dan mempunyai masalah bangun tidur, saya bekerja shift pagi dan tengah hari, masalah yang saya hadapi ialah saya sukar untuk bangun mahupun pagi dan tengah hari, walaupun saya sudah set alarm dan menggunakan alarm yang kuat dan sangat bising semasa saya tidur saya tidak langsung pernah terjaga dari tidur dan tidak langsung menyedari bunyi alarm, dan semasa saya tidur memang saya tidak sedar apa2 walaupun bilik saya dimasuki atau pun orang menyentuh saya, untuk shift pagi sekurang2nya saya tidur pada pukul 11pm dan sepatutnya bangun pukul pukul 7am dan selalunya saya akan terbangun 8 atau 9 am, dan saya juga pernah terbangun pukul 11 am, saya dah menggunakan pelbagai alat untuk bangun tidur seperti jam loceng, jam alarm, saya masih tidak pernah sekali pun sedar dan menutup alarm atau jam, saya sangat berharap tolong berikan cara untuk yang boleh membuatkan saya mudah bangun dari tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesukaran untuk bangun pada waktu pagi mungkin boleh disebabkan faktor gaya hidup, masalah kesihatan, dan ubat-ubatan. Ini termasuklah:
Parasomnias seperti bercakap semasa tidur, berjalan semasa tidur dan mimpi buruk
Apnea tidur yang menyebabkan pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur
Kekurangan tidur yang mungkin disebabkan tidur yang tidak berkualiti, kurang tidur atau tidak cukup tidur
Tekanan dan kegelisahan boleh mengganggu kemampuan anda untuk tidur atau tidur dengan lena
Kemurungan boleh menyebabkan mengantuk yang berlebihan pada waktu siang dan insomnia
Gangguan rutin tidur disebabkan kerja mengikut shift
Ubat-ubatan tertentu
Penyakit kronik, yang menyukarkan untuk tidur nyenyak
Oleh itu, harus diketahui terlebih dahulu punca kepada masalah anda sebelum rawatan boleh diberikan. Buat masa sekarang saya nasihatkan untuk anda
Buat jadual tidur- pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi dan bangun pada waktu yang sama setiap hari
Elakkan meminum kopi atau alkohol, melihat skrin alat elektronik seperti talefon atau laptop dan tidur di petang hari
Amalkan pemakanan yang sihat
Kerap bersenam
Dedahkan diri kepada matahari sebaik sahaja anda bangun
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.