
Anonymous
5 tahun
Masalah kurus kurang berat
Saya lelaki berusia 23 tahun … masalah saya adalah kekurangan berat badan iaitu hanya 43kg … adakah perkara ini normal ? Apakah makanan yang sesuai saya amalkan untuk menambah berat badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kurang berat badan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Genetik (keturunan)
- Metabolisma tinggi
- Masalah penghadaman (seperti penyakit Coeliac)
- Masalah insulin (seperti diabetes jenis 1)
- Stress/tekanan emosi
- Penyakit tiroid (hiper-tiroid)
Pemakanan seimbang seharusnya diamalkan dengan mengandungi kesemua jenis nutrien seharian oleh badan. Perkara ini boleh dirujuk dengan lebih mendalam setelah punca-punca berat badan rendah telah diasingkan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.