
Sulit
4 tahun
Mata sakit kena sinaran matahari
Saya wanita , berumur 20 an , saya seorang yang rabun , apabila saya berada di luar , mata sy jadi sakit (tak dapat menahan sinaran) tp matahari waktu petang , tak sakit pula mata ,
Normal ke?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam isu ini. Ramai di kalangan individu yang rabun mempunyai situasi yang sama yang dipanggil fotofobia. Fotofobia/Silau adalah sensitif pada cahaya. Individu yang mengalami simptom ini akan cuba untuk mengelakkan mata dari cahaya yang terlalu terang. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan simptom ini seperti:
- memakai cermin mata hitam
- menggunakan lens yang bewarna gelap
Namun begitu, saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya anda boleh mendapatkan diagnosis yang lebih tepat kerana simptom fotofobia boleh berpunca daripada beberapa penyakit seperti:
- keradangan konjunktivitis
- ulser pada kornea mata
- uveitis
- katarak
- meningitis
Sakit mata mudah terjadi? Jangan biar ia menganggu anda
Oleh sebab itu, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian supaya boleh mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk menghubungi di atas talian dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Pakar mata sedia membantu untuk mengenal pasti masalah anda.