
Sulit
4 tahun
Melakukan seks semasa period
Sy wanita berumur 25tahun, sudah berkahwin. Sy telah melakukan seks semasa period hari ke4. Hari ke3 dh kering maksudnya tiada darah tapi bila melakukan seks dan husband sy cum in terus keluar darah tu. takpe ke? Sy cuma risau takut ada apa apa effection berlaku. Mohon pencerahan dari dr ye. Terima kasih😇

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, melakukan seks sewaktu period adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan melakukan seks ketika haid adalah tidak bersih. Secara amnya, terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku seperti:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan bakteria (vaginosis)
- Jangkitan penyakit kelamin
Jika anda mengalami gejala-gejala ini anda perlu berjumpa dengan doktor:
- Kencing sakit
- Kencing berdarah
- Sakit pada pinggang dan belakang
- Gatal atau sakit di bahagian kemaluan
- Demam
- Keputihan yang abnormal
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.