
tardsd
5 tahun
Najis coklat kehitaman
Sy lelaki berumur 36 tahun…masalah sy ialah najis sy berwarna coklat kehitaman…masalah ini bermula sejak 11ogos yg lalu…msuk hari nie dh 2 kali sy buang air besar najis warna tue…adakah ini tnda2 ada pendarahan di bahagian usus…atau ada sakit lain yg sy hidapi…utk makluman doc sy tidak mngambil apa2 ubatan…cuma dlm 1 minggu nie sy minum kopi dlm kuantiti yg byk…adakah ini berkaitan…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan dalam sistem usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut
- Pengambilan ibuprofen atau pill zat besi (iron pills)
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.