
fananazri
5 tahun
Orlistat bagus atau tak
Saya brumur 23 dan alami brat badan mlampau shingga cecah 120kg dan tinggi hanya 158kg. Sy disarankn doktor untuk bli ubt ini di farmasi . Soalan sy adakah elok untk sy jdi kn amalan ubt hrian sy slain dari sy brsenam dan sbgainya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Orlistat berfungsi untuk membantu mengurangkan penambahan kalori anda. Ubat ini bekerja dengan cara menghalang penyerapan lemak daripada makanan yang anda konsumsi
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Kentut disertai najis terkeluar
- Keinginan membuang air besar secara tiba-tiba atau kerap
- Najis berlemak
- Sakit perut dan kembung
- Jangkitan salur pernafasan
- Sakit kepala,
- Resah, letih
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih