
Sulit
4 tahun
Payudara kendur di usia muda
Saya masih remaja. Ttp obesiti tinggi 160 berat 110. Walaupun masih remaja payu dara saya kendur sangat & ada garis2 putih. Sy tidak suka pakai bra dr dulu, adkh itu penyebab dada sy kendur? Bgmn sy mahu kembalikan payudara saya agar tidk kendur semulan terimakasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, payudara disokong oleh ligamen Cooper. Ligamen ini akan hilang kerengangan dan boleh menyebabkan payudara menjadi kendur. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan payudara kendur, antaranya ialah:
- saiz payudara. Payudara yang lebih besar lebih cenderung untuk kendur disebabkan graviti
- body mass index (BMI). Wanita yang mempunyai BMI yang tinggi didapati mempunyai payudara yang lebih besar berbanding wanita BMI rendah
- peningkatan atau penurunan berat badan berperanan dalam mengubah bentuk payudara
- faktor genetik. Wanita dalam keluarga anda mempunyai payudara yang kendur pada usia tertentu
- merokok
- bersenam tanpa sokongan pada payudara. Senaman yang menggunakan pergerakan payudara lebih cenderung untuk kendur jika tiada sokongan
Anda boleh melakukan cara-cara ini untuk mencegah payudara menjadi kendur:
- perbetulkan postur badan
- kekalkan berat badan yang sihat
- meminum air yang secukupnya
- jangan menghisap rokok
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.