Sulit
2 tahun
Masalah bengkak dan benjolan seperti lebam yang terdapat di bahagian vagina
Hi Dr., saya ingin bertanya, saya seorang remaja berusia 22 tahun & masih belum berkahwin & tidak pernah melakukan seks sama sekali. baru2 ini dalam 3/4 hari lepas, saya dapati ada benjolan & bengkak di bhg kiri bibir faraj saya di labia majora & warna kulit di bhg bengkak tersebut sedikit gelap berbanding sebelum, dan ia betul2 berada di sebelah area clitoris. jika tidak diusik bengkak tersebut, tidak sakit. tetapi jika diusik benjolan tersebut, ianya sakit. jadi, apakah yang saya perlu buat untuk merawat bengkak tersebut? terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.