Sulit
2 tahun
Penggunaan menstrual cup
sy nk tanya kalau seseorang yang tombol rahimnya agak berada di bahagian bawah dan dekat dgn vagina blh ke menggunakan menstrual cup bila dtg period?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang penggunaan menstrual cup dengan mempunyai masalah rahim jatuh (uterine prolapse). Jawapannya tidak tertentu. Masalah tombol rahim tidak akan bertambah teruk dengan penggunaan menstrual cup, namun pesakit tombol rahim mungkin menghadapi masalah lebih kerap sekiranya menstrual cup tidak digunakan dengan cara yang betul atau saiz menstrual cup yang salah dipilih. Selain itu, menstrual cup mungkin menyebabkan rahim jatuh semasa mengeluarkan menstrual cup di bawah keadaan vakum.
Saya mencadangkan anda menilai keadaan tombol rahim anda terlebih dahulu sebelum memulakan penggunakan menstrual cup, dan sekiranya perlu atau dicadangkan oleh doktor, jalani senaman Kegel dan memasukkan alat pesari. Anda boleh melakukan tinjauan anda sendiri tentang produk haid lain yang tersedia lebih sesuai dengan keadaan anda dan berbincang dengan doktor.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan