Sulit
2 tahun
Ngilu di ari-ari sebelah kanan hingga ke pinggang
doctor, sy wanita berumur 25 tahun sudah berkahwin. baru2 ni period sy lewat dan hadir cuma 1 hari sahaja. sebelum period sehingga sekarang ari-ari sebelah kanan sy sering sakit hingga susah nk tidur malam. upt sy negetif. kenapa ye doctor, sy sangat risau.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Manakala gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.