Sulit
2 tahun
Darah keluar dari vagina
Saya berumur 22 tahun…sudah berkhawin,ketika bersama dengan suami saya keluar lendiran bersama dengan darah tetapi tidak banyak hanya sedikit,saya sudah datang haid pada 12/5 hingga 16/5…adakah itu tanda awal kehamilan atau pun bagaimana?perkara ini baru sahaja berlaku pada saya sebab sebelum ini tidak pernah terjadi begitu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan lendiran yang berdarah selepas hubungan seksual.Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah lendir yang berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium tumbuh di luar lapisan biasa (endometriosis)
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, Intrauterine device
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.