Sulit
2 tahun
Period lewat hampir seminggu
Hi doktor. Saya perempuan berusia 29 tahun. Menghidap skizo dan ada makan ubat hospital seperti EpIlim, Seroquel, Sertraline dan benzhexol. Hampir 3 tahun dah makan ubat. Sebelum ni period saya ok je datang setiap bulan sekitar 29-31 hari. Tapi bulan ni period saya masih tak datang, dah 6 hari. Dan langsung tak ada tanda-tanda nak period seperti senak di bahagian rahim, pms. Mungkin saya ada stress sikit minggu lepas tapi taklah teruk sangat dan boleh dikatakan dah reda dah pun. Saya masih belum berkahwin dan sememangnya tidak pernah melakukan persetubuhan haram sama sekali. Bf pon saya takde doktor. Tapi sekarang saya hairan dengan keadaan ni. Kadang-kadang kat seluar saya hanya didapati ada cairan putih jernih/kekuningan sikit tapi tak teruk sangat. Saya buntulah doktor. Saya dah menopaus ke huhu. Tolong jawab doktor terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, Ia adalah kesan sampingan yang sangat biasa bagi pesakit Scizophrenia untuk kehilangan haid kerana ubat-ubatannya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.