Sulit
2 tahun
Tunda haid guna pil perancang
Saya akan berkahwin kurang sebulan lgi. Kmi ada rancangan utk honeymoon dan buat aktiviti laut pda 20/03. Tetapi saya sedang haid hari ke 5 sekarang dan kemungkinan akan mula haid kembali pada 18/03 memandangkan kitaran haid saya selalunya adalah tetap. Saya ingin mengambil pil perancang Yasmin utk kali pertama bulan ini tetapi arahan pengambilan utk first time use adalah pda hari pertama haid. Bolehkah sya mula ambil pil perancang selepas habis kitaran haid bulan ni dan ambil pil ke 21 pada 19/03 untuk menunda haid? Adakah kemungkinan saya tetap akan haid seperti biasa walaupun belum habis 21 pil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang boleh digunakan untuk melewatkan kitaran haid. Pil ini diambil untuk mengawal kitaran dalam 28 hari. 21 pil mengandungi hormon estrogen dan progestron manakala 7 pil adalah pil kosong tanpa hormon. Bagi melewatkan kitaran haid, biasanya anda boleh tidak mengambilkan 7 pil kosong dan terus mengambil set seterusnya.
Walau bagaimanapun, say menyarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi membincangkan perkara ini secara terperinci untuk mencari pelan yang paling selamat dan sesuai untuk anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.