Sulit
2 tahun
Haid berpanjangan selepas masuk mirena iucd
Saya wanita 31 tahun dan mengalami masalah MENORRHAGIA selepas bersalin anak ke 2 pada tahun 2019 . Sebelum ni saya telah makan ubat hormon UTROGESTON CAPSULES selama hampir 2 tahun. Selepas itu saya memilih utk Mirena Iucd utk masalah MENORRHAGIA dan berhenti makan ubat. Permasalahan sekarang pendarahan saya berlaku sejak Mirena dimasukkan pada 2 DEC 2021 hingga sekarang. Adakah ini normal atau tidak normal ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sesetengah wanita boleh mengalami pendarahan yang berpanjangan selepas Mirena dimasukkan. Pengilang mengatakan bahawa dalam 3 hingga 6 bulan pertama haid anda mungkin tidak teratur, atau haid anda mungkin lebih berat pada mulanya dan bilangan hari pendarahan mungkin meningkat, atau anda mungkin mengalami bintik-bintik atau pendarahan ringan yang kerap.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.