Sulit
2 tahun
Bahagian kemaluan berdarah tanpa henti selepas memasukkan jari
Saya wanita dalam 20an, saya mengalami pendarahan tanpa henti di bahagian kemaluan saya selepas kami melakukan hubungan iaitu si dia memasukkan/menggunkan jari pada kemaluan saya( first time). Sudah 3 hari termasuk hari ini darah masih lagi tidak berhenti. Kalau nak kata period saya tak rasa macam period pun selalu period akan sakit tapi ini tak. Boleh saya tahu darah apa yang sedang mengalir dari kemaluan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara sebab kemungkinan gejala ini adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Penyakit kelamin (“sexually-transmitted diseases”)
- Jangkitan kulat candidiasis (“vaginal thrush”)
- Fibroid
- Polip serviks (“cervical polyps”)
- Ektropion serviks (“cervical ectropion”)
- Kanser serviks (“cervical cancer”)
- Kanser rahim (“endometrial cancer”)
- Faraj luka (“vaginal tears”)
Kembali kepada soalan anda, darah mungkin disebabkan oleh daya berlebihan yang digunakan menyebabkan faraj luka. Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.