Sulit
2 tahun
Benjolan di dinding bahagian kanan faraj
Saya wanita dalam lingkungan 20 an… Baru-baru ini saya mendapati ada satu benjolan kecil di bahagian dinding faraj sebelah kanan saya dia berasa sakit dan kadang-kadang agak gatal boleh saya tahu punca dan cara merawatnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, terdapat benjolan yang sakit dan gatal di dinding faraj. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Folikulitis
- Sista (Cyst)
- Nanah akibat jangkitan
Walau bagaimanapun, tanpa pemeriksaan dan penerangan yang teliti, kami tidak dapat memberikan diagnosis dan pilihan rawatan yang tepat. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang sesuai. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.