Sulit
2 tahun
Period awal 2minggu selepas terjatuh
Saya wanita berumur 32 thun, telah berkahwin. Bberapa hari lalu saya jatuh terduduk akibat tergelincir minyak. Keesokan hari nya saya period selama 3hari, tapi pelik nya sebelum itu period last saya pada 28 Feb 2022, biasanya kitaran haid saya sekitar 30-35hari. Saya musykil tentang darah yg keluar pada 28 feb. Adakah kaitan tentang sebarang kecederaan @ saya keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,kitaran haid kadang-kadang tidak mengikut tarikh seperti yang anda dijangkakan.Gejala haid teratur merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat.Hal ini,disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon serperti estrogen dan progesteron.
Antara punca anda mengalami haid sekarang adalah :
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Mengandung
- Trauma kepada faraj
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.