Sulit
2 tahun
Kerap kencing, pening, lambat period
Hi salam sejahtera dr. Saya wanita berumur 22. Sejak mula berpuasa saya kerap kencing dan selalu rasa pening. Kadang kadang berdenyut kepala bahagian atas kanan / kiri. Kadang kadang pening yang rasa berpusing nak pitam. Saya juga kerap kencing dalam sehari. Tak sampai sejam dalam 2 kali saya ke tandas. Kemudian saya jarang datang lambat period. Sudah 8 hari lewat tapi simptom period sudah seminggu lebih saya alami. Sakit di bahagian bawah perut (senggugut). Disebabkan simptom-simptom yang saya alami membuatkan saya tak larat dan sentiasa penat membuat sebarang pekerjaan.
Untuk makluman dr juga, saya tiada ambil sebarang ubat kecuali active fast kalau pening. Baru 2 biji sejak mula berpuasa. Harap dr dapat membantu sebab saya agak buntu dah berhari saya fikir. Terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kerap kencing merupakan keadaan perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Terdapat beberapa kategori untuk sebab kerap kencing.
- Kencing manis
- Kehamilan
- Masalah prostat/masalah rahim paling umum fibroid atau ovarian cyst
- Interstitial Cystitis atau jangkitan melibatkan bahagian saluran kencing
- Penggunaan diuretik untuk pesakit darah tinggi atau buah pinggang
- Strok atau penyakit-penyakit saraf digelar ‘neurogenik bladder’
- Minum terlalu banyak
- Pemanis tiruan, alkohol, kafein dan makanan-makanan lain
- Kanser pundi kencing
- Disfungsi pundi kencing
- Terapi radiasi
Antara sebab-sebab pening kepala termasuk:
- Vertigo – perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing**
- Sakit kepala
- Muntah-muntah atau ciri-birit
- Anemia (kurang darah merah)
- Hypoglisemia
Akhirnya, terdapat banyak sebab haid lambat. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome PCOS- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.