Sulit
2 tahun
Ketulan-ketulan di kloritas
Saya pelajar berumur 16 tahun, saya ingin bertanya kepada doktor, tentang ketulan yang keluar pada kloritas saya. Tetapi ianya hanya keluar jarang-jarang, saya sudah 2 kali mengeluarkan ketulan itu, ketulan itu berwarna putih dan kuning dan berminyak. Di sekeliling kemaluan bahagian dalam juga terdapat bintik-bintik yang berminyak. Apabila saya memegangnya, ia berminyak dan berwarna putih. Harap doktor dapat bantu saya menganalpasti masalah ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda terjumpa ketulan di klitoris and di sekeliling kemaluan. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sista Bartholin
- Folikulitis - dari jangkitan bakteria atau fungus
- Rambut tumbuh ke dalam yang membawa kepada keradangan
- Sista sebum
- Dermatitis kontak
- Ketuat kelamin HPV
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Sementara itu, saya menasihati supaya tidak menyentuh ketulan-ketulan tersebut untuk mengelakkan kerengsaan dan risiko jangkitan selanjutnya.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.