
Sulit
5 tahun
Period datang lambat atau mengandung?
saya seorg perempuan yg berumur 21 tahun. Saya telah melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan kondom. so skrg ni saya tak period lagi. macam mana yea?
Tarikh Last period :
28/12/20 - 4/1/2020 (35 cycle days)
tarikh sepatutnya period :
1/2/2020
dalam tempoh saya tak til now, saya ada buat hubungan sex.
31/12/2019 - 1/1/2020
11/1/2020 - 12/1/2020
24/1/2020 - 26/1/2020
tetapi dalam tempoh saya tak period tu juga, terdapat darah yang keluar bersama lendiran tetapi hanya utk 2 hari. selepas tu takde dah. macam mana eh sekarang ni sebab saya tak period lagi sehingga sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet-Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Anda disarankan untuk mengambil ujian kehamilan air kencing yang boleh didapati di mana-mana farmasi terdekat untuk memastikan status kehamilan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.