Sulit
4 tahun
Perlhkan Pendapat tentanngsusu omega plus
apa pendapat Dr tentang susu omega plus yang dikatakan dapat mengurangkan/menurunkan kolestrol,adakah betul?
terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Omega plus merupakan produk susu yang menguar-uarkan potensinya untuk menjaga kadar kolesterol dalam badan. Namun, pihak kami tidak dapat memberikan jawapan tentang keberkesanan susu ini. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengurangkan kolesterol, langkah yang paling penting ialah menjaga pemakanan anda dan bersenam. Hal ini kerana kolesterol yang tidak baik berkumpul dalam saluran darah anda akibat pemakanan yang bergoreng, makanan yang diawet dan makanan ringan. Cuba bersenam dengan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama 30 minit.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.