Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat kolestrol tinggi simvastatin
Salam sejahtera doc saya ada mengambil ubat kolestrol tinggi simvastatin 40mg tab dan pengambilan ubat simvastatin hanya perlu di ambil sebelah malam sahaja dan selepas saya sesudah mengambil makan ubat ini bolehkah saya berjaga seketika waktu ataupun saya perlu tidur terus?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kekeliruan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak menjadi masalah untuk anda berjaga seketika setelah mengambil ubat ini. Simvastatin digalakkan untuk diambil pada waktu malam kerana pada waktu ini anda tidak makan. Oleh itu, penghasilan kolesterol adalah tinggi pada waktu ini dan enzim yang disasar oleh ubat anda banyak dihasilkan pada waktu malam juga. Ubat anda akan lebih berkesan pada waktu ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.