Sulit

4 tahun

Kolestrol pada paras berjaga-jaga

Saya seorang perempuan berumur 23 tahunq. Pada minggu lalu saya membuat ujian darah, dan hasilnya tahap kolestrol saya 5.7. saya ingin bertanya pada doktor, adakah tahap kolestrol ini berbahaya dan perlu saya turunkan? Apakah cara untuk saya turunkan kolestrol. Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Ujian kolesterol memeriksa paras beberapa jenis lipoprotein dalam badan. Jenis-jenis lipoprotein dalam badan yang diukur adalah kolesterol total (jumlah kolesterol), trigliserida, kolesterol low density lipoprotein (LDL) dan kolesterol high density lipoprotein (HDL).

Untuk kolesterol total, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <5.2mmol/L. Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 2–6.2mmol/L, manakala risiko tinggi adalah >6.2mmol/L.

Trigliserida merupakan bentuk lemak yang dibuat dalam badan. Faktor-faktor yang meningkatkan paras trigliserida termasuk kekurangan aktiviti fizikal, obesiti, pengambilan minuman beralkohol, diet yang tidak sihat dan merokok. Kebanyakan orang yang mempunyai paras trigliserida tinggi mempunyai tahap LDL yang tinggi, tahap HDL yang rendah dan jumlah kolesterol yang tinggi. Paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <1.7mmol/L.

Low density lipoprotein (LDL) juga dikenali sebagai kolesterol buruk. Ini adalah kerana jenis lipoprotein ini biasanya akan melekat di dinding saluran darah dan menyebabkan pembentukan plak kolesterol. Plak kolesterol adalah penyebab utama aterosklerosis (saluran darah menjadi sempit dan keras), penyakit arteri koronari, serangan jantung dan serangan angin ahmar.

Risiko penyakit-penyakit ini akan dapat dikurangkan sekiranya tahap kolesterol LDL kiturunkan. Untuk kolesterol LDL, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <2.6mmol/L. Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 2.6–4.1mmol/L, manakala risiko tinggi adalah >4.1mmol/L.

High density lipoprotein (HDL) juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia berfungsi untuk mengeluarkan kolesterol dari saluran darah dan membawanya kembali ke hati untuk disingkirkan. HDL juga mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah. Untuk kolesterol HDL, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah >1.45mmol/L (untuk lelaki) dan >1.68mmol/L (untuk wanita).

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 0.9–1.45mmol/L (untuk lelaki), 1.15–1.68mmol/L (untuk wanita), manakala risiko tinggi adalah <0.9mmol/L (untuk lelaki), <1.15mmol/L (untuk wanita). Wanita mempunyai paras HDL yang lebih tinggi kerana mereka dilindungi oleh hormon estrogen sebelum menopaus.

Antara cara untuk menurunkan kolesterol adalah dengan mengubah gaya hidup yang lebih sihat seperti:

  • pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
  • bersenam
  • tidak merokok

Terdapat ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam badan, namun Untuk memilih ubat anti-kolesterol yang sesuai, anda patut berjumpa dengan doktor dan memberi sejarah kesihatan anda, supaya doktor boleh menasihatkan ubat yang paling sesuai untuk anda.

Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

stroke-causes-punca-stroke

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)