Sulit
4 tahun
Tahap kolestrol dapat dibaca melalui ujian darah ke?
Saya lelaki berumur 24 thn.Nak tanya dr adakah pegambilan darah semasa demam dapat pastikan bahawa kadar kolestrol dalam darah sekali? Dan apakah pemakanan yang bagus untuk mengurangkan kolestrol
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda bacaan kolesterol boleh diketahui melalui ujian darah yang diambil semasa puasa. Demam tidak mempengaruhi bacaan kolesterol tetapi ia mampu mempengaruhi bacaan sel darah putih dan hal ini membantu doktor dalam memberikan diagnosis terhadap sebab kepada demam tersebut. Antara makanan yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah ialah:
- Oats atau bijirin gandum
- Kekacang
- Minyak sayuran
- Buah-buahan
- Makanan jenis soya
- Bali
- Salmon
- Tuna
- Sardin
- Bendi
- Terung
- Makanan yang mengandungi serat yang tinggi
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai kolesterol di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.