najihah0311
4 tahun
Kesan ubat simvastatin
Saya nak tanya tentang ubat kolesterol simvastatin. Kenapa bila saya makan ubat ni dia akan menyebabkan sakit velakang yg teruk. Adakan memang normal .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat kolestrol boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- sakit pada bahagian otot badan (kemungkinan anda mengalami kesan sampingan ini)
- mengganggu fungsi hati (menyebabkan enzim hati berubah)
- jarang-jarang menyebabkan pendarahan pada otak (oleh itu, tidak diberikan kepada pesakit strok)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.