Sulit

4 tahun

Bagaimana nak turun visceral fat & body fat

Salam Doktor,
Saya faizol berumur 35 tahun, tinggi 175CM dan berat 76.3Kg. Tahun lepas saya ada kolestrol tinggi selepas makan ubat kolestrol saya dah turun 5.2 tetapi kolestrol jahat masih tinggi.
awal bulan aug 2020, saya ada buat senaman setiap hari dari 80kg turun 76.3kg selama 2 minggu dan masa itu saya memang makan seperti berikut : pagi makan telur rebus putih 2 biji, tengahari makan nasi suku, salad banyak, timun banyak dan ayam bakar 1 tapak tangan, 2 biji buah epal hijau untuk 2 snacking dan malam tidak makan sebab buat senaman seperti joging 2km dan tabata 30 minit.
Setiap 1 minggu, saya akan timbang dan saya dapati visceral fat tak turun masih sama seperti 11.0 dan body fat naik semula dari 22.1kg ke 23.2kg.

soalan saya:-

  1. bagaimana saya nak turunkan visceral fat dan body fat?
  2. apakah pemakanan yang bagus untuk turun kedua-dua sekali?
  3. ada tak ubat atau supplement untuk kurangkan visceral fat?
  4. Shaklee ada jual supplment untuk kurangkan visceral fat, adakah ia bagus?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lemak viseral akan mengambil masa dan usaha yang berterusan untuk turun. Anda janganlah patah semangat kerana kadar lemak memang masih boleh turun naik seperti mana berat badan anda boleh turun dan naik tetapi secara minima. Anda sedang dalam arah yang betul untuk membakar lemak. Saya tidak sarankan anda bergantung kepada supplemen atau ubat-ubatan kerana anda boleh mendapatkan zat dan nutrien daripada makanan segar. Tips-tips yang boleh saya sarankan adalah:

  • Teruskan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Lemak viseral bertindak balas terhadap perubahan diet dan senaman dengan lebih berkesan berbanding lemak di pinggul.
  • Makan makanan dengan lemak bagus. Elakkan makanan bergoreng, makanan segera atau makanan dalam tin. Gunakan minyak secara berpada dan sekiranya boleh, gunakan minyak zaitun. Anda boleh tambahkan buah alpukat, biji chia, ikan salmon dan sebagainya dalam diet seharian anda. Makanan ini kaya dengan omega-3. Anda boleh merujuk contoh senarai makanan berlemak yang baik dan buruk di sini.
  • elakkan merokok
  • Elakkan makanan/minuman bergula atau makan banyak karbohidrat.
  • Tidur yang mencukupi
  • Elakkan pengambilan alkohol

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika perkara ini terlalu membimbangkan anda. Anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan untuk mendapatkan cadangan diet yang boleh anda amalkan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

keracunan-makanan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)