Sulit
2 tahun
Bacaan Kolestrol yang tinggi
Kolestrol saya sekarang 6.42, jadi saya ingin turunkan bacaan kolestrol saya tanpa ubat . Doktor ada cadangan untuk saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, bacaan kolesterol adalah seperti berikut :
Total Cholesterol
- Bawah 5.2 mmol/L: Risiko rendah
- 5.2 – 6.2 mmol/L: Risiko sederhana
- 6.2 mmol/L dan ke atas : Risiko tinggi
Bacaan kolesterol anda adalah dalam lingkungan berisiko tinggi. Ini bermakna, anda lebih cenderung kepada komplikasi kolesterol tinggi seperti masalah jantung koronari, strok dan darah tinggi.
Kebiasaanya, bacaan tinggi seperti ini susah dikawal tanpa ubat, oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kolesterol tinggi anda. Selain ubat, anda juga boleh mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bersenam dan berhenti merokok untuk membantu menurunkan tahap kolesterol anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.