Sulit
4 tahun
Saya mengalami high cholesterol tetapi tidak turun setelah makan ubat statin
Hi Doc,
Saya berumur 37 dan ada high cholesterol 6.3, tengah consume ubat statin 40mg.
Pada masa yang sama pharmacist advise untuk consume ubat SIMEPAR (silymarin & vitamins - liver protecting agents).
Soalan saya, adakan ubat itu berkesan untuk menurunkan cholesterol kerana setelah 3 bulan makan statin kolesterol saya turun dan naik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat kolesterol berkesan mengurangkan kolesterol dalam darah sekiranya anda juga berusaha untuk mengurangkan kolesterol melalui perubahan gaya hidup. Sekiranya anda masih menambah kolesterol dalam badan anda, maka sukar untuk kadar kolesterol anda menurun dengan berjaya. Langkah pertama untuk merawati kolesterol tinggi adalah melalui gaya hidup yang sihat.
Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol.
Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan harus diambil secara tidak berlebihan. Masak dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Tingkatkan pengambilan serat. Serat makanan boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan kolesterol LDL (“jahat”) dan menurunkan kolesterol HDL (“baik”).
Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, berhenti
merokok kerana ia boleh menjejaskan saluran darah dan menurunkan tahap kolesterol HDL (“baik”).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.