Sulit
3 tahun
Punca masalah kolesterol tinggi
Saya wanita 43tahun, ingin tau dari mana punca kolesterol tinggi boleh jelaskan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kolesterol tinggi, salah satunya adalah gaya hidup sihat. Antara gaya hidup yang tidak sihat yang meningkatkan kadar kolesterol yang berbahaya (LDL) dalan darah ialah:
• Pengambilan makanan yang tidak sihat dan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Contohnya, kuning telur, mentega, biskut, keju, krim dan santan.
• Kurang bersenam dan aktif
• Tabiat merokok juga menyebabkan kolesterol tinggi kerana rokok mempunyai kimia akrolein yang menghentikan aktiviti kolesterol baik (HDL) dan menyebabkan aterosklerosis
• Minuman alcohol yang terlalu banyak meningkatkan LDL dan triglyceride dalam badan
• Obesiti (BMI melebihi 30kg/m2)
• Penyakit tertentu seperti hipertensi, diabetes, hipotiroid, penyakit hati dan penyakit ginjal
• Usia yang meningkat
Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika seseorang itu akan mengalami kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi yang disebabkan oleh faktor keturunan dinamakan familial hypercholesterolemia (FH). Penyakit ini menyebabkan tahap kolesterol seseorang itu tetap tinggi walaupun mengalami gaya hidup yang sihat. Satu daripada lima ratus orang mengalami kondisi ini. Selain itu, memiliki faktor genetik juga meningkatkan risiko seseorang mendapat kolesterol tinggi, meskipun bukan dalam bentuk FH.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.