
Sulit
3 tahun
Punca menguap tidak puas atau tidak lepas
Saya lelaki berumur 23 tahun, kebelakangan ini saya sering menguap ketika sebelum tidur seperti orang biasa, tetapi menguap saya tidak habis, seperti sangkut, saya risau ini ada kaitan dengan paru-paru atau apa-apa yg berkaitan dengan covid-19. Saya balik kerja selalu makan nasi lepas pukul 7 malam dan tidur atau menguap dalam pukul 9 atau 10 malam, boleh doktor bagi pandangan sikit? Saya berjumpa doktor di klinik isnin lalu (18 ogos) dan check oxygen dalam darah (guna oximeter - 98) iaitu dalam keadaan normal dan RTK-antigen juga negatif. Adakah saya terlalu risau berkenaan covid-19?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah menguap tidak habis dan ini membimbangkan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kebiasaanya, masalah yang anda alami sering dikaitkan dengan gangguan tekanan atau masalah keresahan (anxiety). Masalah ini juga terjadi sekiranya anda makan terlalu banyak atau mengalami indigestion. Untuk makluman anda, menguap tidak puas bukan antara simptom-simptom jangkitan Covid-19.
Sekiranya masalah ini mengganggu rutin harian anda, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.