
Sulit
4 tahun
Rasa nak pitam bila buat aktiviti harian
Saya lelaki umur 20an saya mengalami masalah keresahan ketakutan sejak virus covid ni bila saya nak keluar saya jd jantung berdebar2 rasa nak pitam susah nafas pening2 sampai menganggu aktiviti harian saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.