
Anonymous
5 tahun
Rawatan dan kos siflis di farnasi atau klinik swasta
Setelah membaca artikel berkenaan siflis dalam ruangan droncall ini, saya rasa sya berada di tahap sekunder dan saya baru saja perasan berkenaan hal ini. Saya nak tnya adakah ubat boleh didapati di farmasi atau over counter? Apakah cdngan doktor berkenaan klinik swasta yg mnjalankan rawatan ini dan berapa anggaran kos?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahun anda, pihak doktor perlu membuat ujian untuk pengesahan bahawa anda mempunyai masalah sifilis. Dari situ doktor boleh bagi ubat yang bersesuian. Jadi syorkan anda pergi berjumpa dengan doktor do klinik/hospital yang berhampiran.
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan…Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.