irhamnihaziqi
5 tahun
Sakit bahagian belakang tekak
Selamat Pagi,
Saya merupakan seorang lelaki 20an, ingin menanyakan, kenapa saya telan air liur saya, saya terasa sakit di bahagian belakang tekak? Untuk pengetahuan Dr, saya baru sahaja sembuh dari demam dan sekarang saya sedang batuk dan sakit tekak. Dan, jika saya telan air liur juga, saya akan rasa sakit di bahagian dalam tekak. Adakah ini masalah tonsilitis? Mohon pencerahan, Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak tuan, kemungkinan sakit tekak dan sukar menelan adalah akibat keradangan tekak yang berlaku akibat jangkitan virus yang juga menyebabkan demam anda.
Sakit tekak juga boleh disebabkan tonsilitis dan salah satu gejala tonsilitis adalah demam. Tonsilitis biasanya disertai dengan gejala lain seperti benjolan di leher dan nafas berbau. Namun, ketiadaan gejala ini masih memungkinkan masalah tonsilitis berlaku.
Masalah tonsilitis atau radang tekak yang disebabkan virus boleh sembuh dengan sendiri dengan rehat, minum air kosong dan rawatan seperti lemon dan madu dan paracetamol. Namun jangkitan lebih serius yang biasanya disebabkan bakteria memerlukan antibiotik.
Oleh itu, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut jika simptom anda berpanjangan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma.