Sulit
6 tahun
Sakit tekak, hidung sumbat Dan angin dalam badan serta sukar bernafas
Saya lelaki berumur 20 tahun, saya risau jika itu adakah Tanda2 saya terkana jangkitan covid19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, gejala jangkitan coronavirus adalah sangat umum dan mirip dengan banyak masalah lain. Oleh hal yang demikian, dengan hanya gejala yang dialami, sukar untuk memberi kesimpulan sama ada anda dijangkiti virus tersebut atau tidak.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/





























