syhazwanie00
7 tahun
Sakit Tekak Menyebabkan sakit lain datang sekaligus
saya wanita berumur 19 tahun…saya dalam setahun akan ada beberapa kali saya sakit tekak dan menyebabkan saya batuk,selsema,deman…saya mengalami kesukaran untuk menelan…saya berasa macam bengkak di bwah tekak dan itu yang membuatkan tekak saya sakit sangat…Ianya juga membuatkan saya merasa tidak selesa dengan tekak ini…Ketika lapar sya hendak makan tapi tak boleh sebab terlalu sakit apabila menelan…saya juga mengalami batuk berkahak kering…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih





























