Sulit
5 tahun
Sebelum saya period saya ada buat sex, adakah saya boleh mengandung selepas habis period?
Saya wanita berumur 20 tahun, sudah sebulan lebih saya simpan benda ni. Saya pernah buat sex sebelum saya didatangi period. Selepas 10 hari kejadiaan keesokkan harinya saya datang period. Dan darahnya juga macam orang biasa datang, banyak, pekat dan macam2. Dan selepas sebulan saya masih ragu-ragu dengan perkara ni… Adakah mustahil untuk saya mengandung?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda bimbang tentang kehamilan setelah melakukan hubungan seks sebelum period. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, melakukan hubungan seks sebelum haid adalah paling selamat kerana wanita kebiasaannya mengalami ovulasi disekitar hari ke-14 haid.
Pada waktu kesuburan atau ovulasi ini, ovum akan mempunyai tempoh 12-24 jam untuk bersenyawa dengan sperma. Oleh itu, kehamilan juga bergantung pada waktu bila anda melakukan seks.
Tanpa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, risiko untuk hamil adalah tinggi malah berisiko untuk dijangkiti penyakit jangkitan kelamin. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menggunakan perlindungan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian jika memerlukan kepastian dalam hal ini.
Kami berharap keterangan ini dapat membantu. Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































