
Sulit
4 tahun
Sembelit berak keras dan najis besar
saya wanita berumur 18 tahun.saya tidak kerap berak, apabila berak taik saya menjadi keras, dua hari lepas saya berak lepastu selepas kejadian itu punggung saya iaitu dubur terasa sakit dan saya juga kerap kentut, terdapat juga sedikit cecair berbau keluar tiap kali saya jalan atau duduk rasa tidak selesa walaupunn saya sudah membasuhnya bersih . Adakah saya perlu berjumpa doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala masalah pembuangan air besar yang anda hadapi. Simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai situasi tersebut:
- Penyakit sembelit yang boleh disebabkan oleh masalah penghadaman, stress, ubat-ubatan dan kekurangan makanan berfiber.
- Penyakit keradangan usus seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) atau penyakit Krohn
- Jangkitan kuman pada bahagian kawasan dubur
- Salur usus tersumbat yang boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan ataupun kanser.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda dan mendapatkan sejarah kesihatan serta menjalani siasatan lebih lanjut mengenai penyakit yang anda mungkin hadapi. Jawapan yang diberi hanyalah keterangan yang am. Sila Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.