
Sulit
5 tahun
Tanda tanda kedatangan haid
Saya ingin bertanya adakah ianya proses tanda tanda kedatangan haid sekiranya keluarnya keputihan berwarna coklat pada faraj.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah coklat yang keluar semasa haid boleh dihitung sebagai darah haid. Perdarahan haid pula boleh berlaku selama minimal 2 hari hingga 8 hari. Merujuk kepada warna darah yang coklat, hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
- peradangan pelvis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.